webeditor

Persatuan PENGASIH Malaysia was founded in year 1991 as a non-profit, community based organization that dedicates its cause in providing social services. With almost 30 years of experience, PENGASIH has assisted thousands of people with substance use disorder in their recovery process.

MALAM AMAL PENGASIH@cintamanis

PENGASIH akan mengadakan satu malam amal pada 17 hb. November 2019 bagi menjana dana untuk menyiapkan fasiliti Rawatan & Pemulihan Dadah PENGASIH di Cinta Manis, Bentong Pahang. Tujuan Malam Amal adalah juga untuk memberikan peluang kepada individu, koperat serta rakyat Malaysia untuk bersama menyumbang bakti dalam mengurangkan masalah sosial yang dihadapi oleh negara.

Majlis Malam Amal PENGASIH adalah dibawah naungan Y.B Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Muhammad Yassin, Menteri Dalam Negeri. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan khas oleh Dato’ Jamal Abdillah, Man Bai serta lain lain artis undangan. Dijangkakan, ramai pihak koperat, keluarga serta individu yang akan turut hadir bersama memeriahkan majlis yang akan di rasmikan oleh Y.B Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Muhammad Yassin.

Kami mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak koperat, individu dan rakyat Malaysia untuk bersama dalam membangunkan fasiliti baru PENGASIH@cintamanis, di Bentong, Pahang. Dengan sumbangan tersebut, kami akan meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan serta dapat memberi ”peluang kedua” kepada lebih ramai lagi yang memerlukan rawatan & pemulihan alternatif secara sukarela.

Setiap sumbangan akan disertakan dengan Resit Rasmi Pengecualian Cukai serta banyak lagi kelebihan dalam bentuk Pulangan Pelaburan (Return On Investment). Semoga usaha menjana dana bagi pembangunan PENGASIH@cintamanis ini akan menjadi satu inisiatif bersama seluruh masyarakat Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan penagihan dadah.

Untuk keterangan lanjut

sila hubungi;

  1. Cik Atiqah Yusuf- (010-393 5140)
  2. Abdullah Ghani- (011-2384 7617)
  3. En. Khairul Baharuddin- (011-6074 7403)    

MALAM AMAL PENGASIH@cintamanis Read More »